mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2021 (JANUARI-MAC) USAHAWAN 1 – PN NOR NATASHA BINTI ABU BAKAR

Nama     : Nor Natasha Binti Abu Bakar

Umur     : 29 Tahun

Ahli        : 26 Julai 2010

Latar belakang

Saya Nor Natasha Binti Abu Bakar menjalankan perniagaan makanan bagi menambahkan pendapatan. Saya menjual Sagu Gula Melaka yang boleh dijadikan minum petang dan menu sampingan bagi majlis keramaian. Resipi dan kemahiran membuat sagu gula Melaka ini saya perolehi dari ibu saya. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mencari idea dan kreativiti dalam mengolah resipi sagu gula melaka ini untuk mencari kelainan. Saya mula memperkenalkan perniagaan saya pada akhir tahun 2018 kepada kawan-kawan terdekat sahaja. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial seterusnya mendapat lebih banyak tempahan bagi majlis keramaian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya. Disamping itu, saya juga hanya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya kurang menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 200 – RM300 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah didedahkan dengan penggunaan ICT dan teknologi dengan cara yang betul, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya dapat melihat produk usahawan-usahawan lain dan dapat bertukar pandangan dalam perniagaan terutama di Facebook. Selain itu, aktiviti keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet dapat memberi ilmu tambahan kepada saya dalam menjalankan perniagaan saya. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 500 – RM 800 sebulan.