|
Nama : Roslinah Binti Abdul Rahman Umur : 49 Tahun Ahli : 2 April 2018 |
Latar belakang
Saya Roslinah Binti Abdul Rahman menjalankan perniagaan makanan ringan bagi menambahkan pendapatan. Saya menjual mee siput secara kecil-kecilan bermula dari rumah sejak tahun 2019. Pada awalnya, saya hanya menjual sebagai mengisi masa lapang memandangkan ramai kanak-kanak dikawasan tempat tinggal saya yang gemar membeli sebagai cemilan. Namun, lama-kelamaan saya mula mempromosikan jualan saya kepada kawan-kawan terdekat. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penggunaan ICT dan teknologi terkini, saya hanya menjual jualan saya kepada jiran-jiran sahaja. Setelah beberapa bulan menjalankan perniagaan, saya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat. Di samping itu, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium saya mempromosikan perniagaan saya dan kurang menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Pendapatan saya hanya sekitar RM 300 – RM500 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mengikuti program yang telah di anjurkan di NADI, saya dapat melihat produk usahawan-usahawan lain dan dapat bertukar pandangan dalam perniagaan. Saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 600 – RM 800 sebulan.