mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2022 (JULAI-DISEMBER) CELIK IT – NUR ARIEYANA SYAZWANI BINTI SHAFWAN

Nama     : Nur Arieyana Syazwani Binti Shafwan

Umur     : 12 Tahun

Ahli        : 25 Mac 2022

Latar belakang

Saya Nur Arieyana Syazwani Binti Shafwan berumur 12 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Bagi pelajar darjah 6, saya sudah mempunyai tugasan membuat buku skrap menggunakan komputer dan latih tubi yang perlu dijawab secara atas talian. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com yang mempunyai pelbagai templat dan seterusnya membuat akaun Gmail.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya membuat tugasan seperti buku skrap secara bertulis sahaja. Di samping itu, sebelum ini, saya hanya menggunakan akaun Gmail bagi kegunaan media sosial dan tidak pernah menggunakan Canva.com.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat poster dan slide presentation dan menggunakan akaun Gmail bagi tujuan rasmi pada masa akan datang.