mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2023 (APRIL – JUN 2023) CELIK IT – NUR HUSNA SHAHYRA BINTI SAIM

Nama     : Nur Husna Shahyra Binti Saim

Umur     : 18 Tahun

Ahli        : 2 Julai 2010

Latar belakang

Saya Nur Husna Shahyra Binti Saim berumur 18 tahun merupakan lepasan SPM dan akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Tujuan saya datang ke NADI  Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga dapat mempelajari Canva.com untuk membuat resume dan membuat pelbagai jenis kad ucapan untuk kegunaan akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Penggunaan komputer di rumah dan di sekolah amat minimal. Di samping itu, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan Canva.com.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Penggunaan laman sesawang seperti fasttyping.com membantu saya meningkatkan keupayaan menaip. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer yang akan membantu saya sekiranya saya menyambung pelajaran selepas ini. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan boleh diguna pakai pada masa akan datang.