mcmc
Keusahawanan

KISAH KEJAYAAN 2023 (JANUARI-JUN) USAHAWAN 1 – PN FARIDAH BINTI MAD SAFARI

Nama     : Faridah Binti Mad Safari

Umur     : 50 Tahun

Ahli        : 20 Disember 2013

Latar belakang

Saya Faridah Binti Mad Safari menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Saya lebih menumpukan perhatian dalam menyediakan perkhidmatan event planner di mana saya akan menggubah dan menghantar pelbagai jenis bouquet bagi sambutan hari lahir dan sebagainya. Di samping itu, saya mula memperkenalkan perniagaan saya pada tahun 2017 kepada kawan-kawan terdekat sahaja. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya di samping mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan NADi Pendapatan saya hanya sekitar RM 100 – RM200 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di NADI, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp Business dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar dan membina FB Page serta mengikuti pelbagai kelas-kelas anjuran NADI. Sehubungan dengan itu, pendapatan saya juga telah meningkat kepada RM 300 – RM 500 sebulan.