mcmc
Keusahawanan

KISAH KEJAYAAN 2023 (JULAI – DISEMBER) USAHAWAN 2 – PN NURATIQAH BINTI ROSMAN

Nama     : Nuratiqah Binti Rosman

Umur     : 27 Tahun

Ahli        : 19 Jun 2017

Latar belakang

Saya Nuratiqah Binti Rosman menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Saya bermula dengan mewujudkan lesen perniagaan dan akaun syarikat bagi nama saya sendiri. Sehubungan dengan itu, saya membuat perkhidmatan seperti pembayaran bil utiliti dan pembaharuan lesen perniagaan serta apa-apa perkhidmatan atas talian. Di samping itu, saya mula memperkenalkan perniagaan saya pada tahun 2022 dan kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya sama ada menerusi platform offline dan juga media sosial.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, saya kurang memanfaatkan penggunaan telefon dan kemahiran komputer yang saya ada. Saya mula sedar peluang menambah pendapatan melalui platform atas talian sedang meningkat naik terutama selepas negara mengalami transformasi pendigitalan kerana wabak Covid-19. Sehubungan dengan itu, pada peringkat permulaan dalam saya menjalankan perniagaan, saya mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan NADI. Pendapatan saya hanya sekitar RM50.00 – RM 100 sebulan sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di NADI, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp Business dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar promosi serta mengikuti pelbagai kelas-kelas anjuran NADI. Di samping itu, kelas-kelas keusahawan anjuran NADI seperti membina Profil Perniagaan dan Buku Tunai amat membantu saya dalam membina syarikat saya. Sehubungan dengan itu, pendapatan saya juga telah meningkat kepada RM 100 – RM 500 sebulan.