mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2023 (JANUARI – MAC 2023) CELIK IT – SITI KHADIJAH BINTI AZIZ

Nama     : Siti Khadijah Binti Aziz

Umur     : 19 Tahun

Ahli        : 13 Jun 2022

Latar belakang

Saya Siti Khadijah Binti Aziz berumur 19 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya juga merupakan lepasan SPM dan akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com untuk membuat resume dan membuat presentation untuk tujuan pembelajaran di universiti kelak.

.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan Canva.com.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer. Di samping itu, ia juga akan membantu saya sekiranya saya menyambung pelajaran selepas ini. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan boleh diguna pakai pada masa akan datang.