mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2020 (JULAI – SEPTEMBER) USAHAWAN 1 – SAFIAH BINTI ARBAIN

Nama     : Safiah Binti Arbain

Umur     : 33 Tahun

Ahli        : 24 Jun 2019

Latar belakang

Saya Safiah Binti Arbain menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Sebelum ini, pelbagai jenis produk telah saya jual dan menjadi dropship. Kini, saya lebih menumpukan perhatian dalam penjualan kuih, kek dan pekasam. Di samping itu, saya mula memperkenalkan perniagaan saya pada tahun 2017 kepada kawan-kawan terdekat sahaja. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya di samping mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan pusat internet. Pendapatan saya hanya sekitar RM 300 – RM400 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah di anjurkan di pusat internet, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar dan membina FB Page. Dalam masa yang sama, saya juga berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp dan Facebook dengan lebih meluas di samping menggunakan platform Shopee sebagai medium menambahkan pendapatan. Selain itu, pendapatan saya juga meningkat kepada RM 500 – RM 800 sebulan.