KOSPEN
Program “Komuniti Sihat Perkasa Negara” (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Di Felda Sungai Mas, KOSPEN dipengerusikan oleh Pn Norazliha. terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan usahasama KEMAS dan beberapa pihak yang lain. Pada 7hb Ogos 2015, pihak KOSPEN telah melibatkan diri dalam Program I-Health di Pusat Internet 1Malaysia. Pemeriksaan kesihatan secara percuma telah diadakan untuk komuniti setempat.