|
Tarikh : 19 Disember 2018 (Rabu) Masa : 8.30 Pagi – 1.00 Petang Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memperkenalkan perkhidmatan baru yang ada di Pusat Internet Felda Sg Mas iaitu pemeriksaan tekanan darah & gula dalam darah disamping merapatkan komuniti setempat dari GPW Felda Sungai Mas, PDK Mas Timur (Felda Papan Timur) & COMBI (Bandar Mas)
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti berlangsung adalah :
-
-
-
- 1. J-Robik – Para peserta membuat senaman selama 45 minit
2. Pemeriksaan Kesihatan – Para peserta membuat pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan pemeriksaan gula dalam darah bersama KOSPEN & Klinik Kesihatan Bandar Mas
-
3. Pertandingan Makanan Sihat (Sarapan Pagi) – Para peserta membawa sarapan dari rumah dan diadili oleh matron Klinik Kesihatan Bandar Mas
-
4. Taklimat Penyediaan Makanan Sihat – Matron dari Klinik Kesihatan Bandar Mas memberi taklimat penyediaan makanan sihat kepada pengunjung yang datang
-
5. Pertandingan Mewarna Poster (Kategori Pelajar PDK & Pelajar Sekolah Rendah) – Memberi peluang kepada para peserta menonjolkan kreativiti mereka dalam mewarna
-
6. Jom Kenal Produk Kesihatan MyShop – Para peserta perlu memuat naik produk kesihatan di dalam MyShop
-
7. Pertandingan Artikel Kesihatan MyKomuniti – Para peserta dikehendaki mencari artikel kesihatan dari google.com dan memasukkannya kedalam Microsoft Power Point dan masukkan ke dalam MyKomuniti
-
8. Pertandingan Mewarna Poster Online – Para peserta dikehendaki mewarna secara online dan memasukkan hasil kerja di Facebook Pusat Internet Felda Sungai Mas
-
9. Xplorace MyPlace – Para peserta perlu menjawab soalan-soalan yang disediakan berkaitan MyPlace
-
-
- Gambar Disini