| Tarikh | 4 Disember 2024 |
| Masa | 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | NADI Felda Sungai Mas |
| Peserta | 6 orang |
Tujuan
- Memberikan pendedahan kepada usahawan mengenai kepentingan e-invois dalam menguruskan kewangan perniagaan secara lebih efisien dan sistematik.
- Meningkatkan kefahaman tentang pematuhan perniagaan dan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan risiko perniagaan.
- Membantu usahawan di komuniti Felda Sungai Mas untuk memanfaatkan teknologi dalam mengurus dan mengembangkan perniagaan.
Aktiviti
- Sesi Pengenalan: Taklimat ringkas mengenai kepentingan e-invois dalam menguruskan kewangan perniagaan dan penerangan tentang aspek pematuhan perniagaan dan bagaimana ia membantu mengelakkan risiko undang-undang.
- Pembentangan Modul: Konsep asas e-invois dan kepentingannya dalam perniagaan, pengenalan kepada undang-undang pematuhan perniagaan yang perlu diketahui oleh usahawan, kaedah praktikal untuk memastikan pematuhan kewangan dan operasi perniagaan
- Sesi Interaktif: Latihan menyediakan e-invois serta perbincangan kumpulan mengenai cabaran pemasaran yang dihadapi.
- Sesi Soal Jawab: Peserta boleh mengemukakan soalan secara langsung kepada penceramah berkaitan e-invois dan pematuhan perniagaan