| Tarikh | 14 Jun 2025 (Sabtu) |
| Masa | 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | NADI Felda Sungai Mas |
| Peserta | 6 orang |
Tujuan
Program “Tiny Techies: Bengkel Robotik” bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun mengenai asas teknologi dan kejuruteraan robotik. Melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif dan praktikal, program ini bertujuan merangsang minat peserta terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sejak usia muda.
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti
- Merangsang Minat Awal terhadap STEM:
- Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dunia teknologi dan robotik dengan cara menyeronokkan
- Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah:
- Peserta diajar bagaimana mengenalpasti masalah dan mereka bentuk penyelesaian melalui binaan robot
- Memupuk Kemahiran Berfikir Secara Kritikal dan Kreatif:
- Aktiviti mencabar minda mereka untuk berfikir di luar kotak dan menguji idea melalui percubaan dan kesilapan
- Menggalakkan Kerja Berpasukan:
- Tugasan secara berkumpulan membantu membina kemahiran komunikasi, kerjasama dan kepimpinan