| Tarikh | 13 Mac 2025 (Khamis) |
| Masa | 10.00 pagi |
| Lokasi | NADI Felda Sungai Mas |
| Peserta | 4 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para usahawan baru dan bakal usahawan dalam aspek perancangan perniagaan serta pengurusan kewangan yang efisien. Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman peserta tentang bagaimana merancang, mengurus, dan mengembangkan perniagaan mereka secara sistematik dan mampan
Aktiviti
- Program dilaksanakan secara atas talian melalui platform webinar (Zoom/Google Meet) bagi memudahkan akses kepada semua peserta di pelbagai lokasi
- Penceramah jemputan terdiri daripada individu yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan dan perakaunan
- Slaid pembentangan disediakan sebagai bahan rujukan peserta
- Peserta diminta melengkapkan pra dan pasca soal selidik untuk menilai kefahaman dan impak program
- Sesi interaktif dan Q&A diadakan untuk memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut