|
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 18 Mei 2024 (Sabtu) : 3.00 petang – 5.00 petang : NADI Felda Sungai Mas : 4 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada alat digital moden yang digunakan dalam penyediaan dan penyampaian pembentangan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan kreativiti mereka dalam merancang dan mereka bentuk pembentangan yang menarik.
Aktiviti
Pengenalan kepada platform Canva.com. dan demonstrasi cara mendaftar serta log masuk ke dalam akaun Canva.
Penerangan mengenai fungsi asas Canva termasuk templat, alat reka bentuk, dan ciri-ciri utama.
Peserta dibimbing untuk memilih templat pembentangan yang sesuai dan penggunaan alat penyuntingan untuk menyesuaikan reka bentuk pembentangan mengikut keperluan.
Peserta akan membuat pembentangan akhir di hadapan rakan dan petugas