| Tarikh | 16 Mei 2025 (Jumaat) |
| Masa | 8.00 pagi |
| Lokasi | SMK Bandar Mas |
| Peserta | 391 orang |
Tujuan
Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada remaja berusia 13 hingga 17 tahun mengenai bahaya buli siber dan pengantunan siber (online grooming). Ia juga bertujuan memperkasakan peserta agar lebih bijak menggunakan internet dengan selamat serta tahu cara untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.
Aktiviti
- Peningkatan Kesedaran: Membuka mata peserta tentang bentuk-bentuk buli dan pengantunan siber yang sering berlaku dalam kalangan remaja.
- Ilmu Perlindungan Diri: Memberi pengetahuan mengenai cara-cara melindungi diri dalam talian seperti mengenali niat jahat individu dan menjaga privasi.
- Penggunaan Media Sosial secara Bertanggungjawab: Membimbing peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan beretika.
- Sokongan Emosi & Mental: Memberi ruang kepada peserta untuk meluahkan kebimbangan dan mendapatkan bantuan jika pernah menjadi mangsa.