mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2025 – KEMPEN INTERNET SELAMAT: JEJAK DIGITAL

Tarikh15 November 2025 (Sabtu)
Masa10.00 pagi – 11.00 pagi
LokasiNADI Felda Sungai Mas
Peserta6 orang

Tujuan

  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan keselamatan internet dan impak jejak digital dalam kehidupan seharian
  • Memberi pendedahan kepada peserta tentang bagaimana maklumat peribadi boleh dikesan, disalah guna dan memberi kesan jangka panjang
  • Mendidik peserta agar lebih beretika, berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial dan platform digital
  • Menyokong usaha NADI dalam melahirkan komuniti celik digital serta berpengetahuan dalam keselamatan siber

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti Utama

  • Meningkatkan kesedaran awal tentang bahaya penyalahgunaan maklumat peribadi
  • Membantu peserta memahami kesan jangka panjang jejak digital terhadap pendidikan, kerjaya dan reputasi diri
  • Menggalakkan penggunaan media sosial secara bijak dan beretika
  • Memberi kemahiran praktikal untuk melindungi data peribadi dan privasi dalam talian
  • Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna internet, khususnya golongan belia

Gambar Disini