| Tarikh | 14 Ogos 2025 (Khamis) |
| Masa | 10.00 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | NADI Felda Sungai Mas |
| Peserta | 3 orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan kepada peserta tentang strategi pemasaran yang berkesan dalam meningkatkan jualan. Di samping itu, dapat membimbing peserta dalam memahami pengurusan operasi perniagaan yang sistematik dan efisien seterusnya dapat meningkatkan ilmu serta kemahiran usahawan dalam merancang, mengurus, dan mengembangkan perniagaan. Akhir sekali, webinar ini dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing, kreatif, dan inovatif.
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti
- Peserta belajar mengurus operasi harian dengan lebih sistematik, menjimatkan kos dan masa
- Membantu peserta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam perniagaan mereka.
- Menggalakkan kreativiti dan inovasi melalui aktiviti bengkel serta idea pemasaran yang segar.
- Membina keyakinan peserta untuk mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.