| Tarikh | 23 Oktober 2025 (Khamis) |
| Masa | 2.00 – 3.00 petang |
| Lokasi | NADI Felda Sungai Mas |
| Peserta | 1 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada usahawan mengenai teknik pemasaran digital terkini melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI). Di samping itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan kandungan promosi yang lebih kreatif, cepat dan efektif menggunakan alat AI. Seterusnya, ia dapat membantu usahawan kecil dan sederhana memaksimumkan capaian pelanggan melalui platform digital dan secara tidak langsung menyokong pembangunan keusahawanan komuniti melalui program literasi digital anjuran NADI
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti
- Usahawan boleh menghasilkan poster, copywriting dan video promosi dalam masa yang singkat tanpa perlu upah pereka grafik
- Kandungan lebih tersusun, profesional dan menarik, meningkatkan kadar engagement dari pelanggan
- Peserta lebih yakin menghasilkan content sendiri dan lebih aktif mempromosikan produk secara konsisten
- AI memberi inspirasi kepada peserta untuk mencipta pelbagai bentuk promosi dan kempen