| Tarikh | 11 Oktober 2025 (Sabtu) |
| Masa | 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | Rumah Masing-Masing (NADI sedang diselenggara) |
| Peserta | 2 orang |
Tujuan
Program “Tiny Techies: Bengkel Robotik” bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang asas pembinaan dan pengendalian robot sumo menggunakan platform Micro:Bit. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran teknikal peserta dalam memasang komponen robot secara praktikal melalui modul hands-on. Selain itu, ia juga dapat mengasah kemahiran berfikir secara kritikal, penyelesaian masalah, dan kerja berpasukan semasa membina robot seterusnya menyokong agenda pendigitalan dan STEM melalui penganjuran aktiviti teknologi oleh NADI
Aktiviti Utama
- Sesi dimulakan dengan imbas kembali sesi bengkel yang lepas
- Demonstrasi pemasangan bahagian atas robot dan melengkapkan keseluruhan pemasangan barang yang digunakan seperti berikut :
- Base plate bawah yang siap pada sesi sebelum ini
- Base plate atas
- Tiny Techies Micro:Bit expansion board
- IR sensor halangan x 5 unit
- Standoff x 4
- L bracket x 2
- Sumo shield x 1
- Melakukan demonstrasi pemasangan wayar dari bateri dan motor kepada terminal block expansion board
Kebaikan / Kelebihan Aktiviti
- Merangsang Minat Awal terhadap STEM:
- Pelajar dapat memahami konsep asas robotik, elektronik, dan sistem robot sumo secara praktikal
- Pembelajaran Hands-On yang Efektif
- Peserta dapat belajar melalui pengalaman sebenar, membantu pemahaman terhadap fungsi setiap komponen robot
- Pendedahan Awal Kepada Dunia Kejuruteraan
- Memberi inspirasi kepada pelajar sekolah rendah untuk menceburi bidang sains, robotik, dan teknologi pada masa hadapan