| Tarikh | 24 oktober 2025 (Jumaat) |
| Masa | 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | NADI Felda Sungai Mas |
| Peserta | 1 orang |
Tujuan
Program *NADI x Cybersecurity: Ancaman Siber di Tempat Awam* dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang risiko keselamatan siber yang sering berlaku ketika menggunakan kemudahan awam seperti WiFi percuma, komputer awam, terminal perbankan dan peranti perkongsian. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai ancaman yang wujud, cara mengenal pasti taktik penipuan siber, serta langkah-langkah pencegahan bagi melindungi data peribadi dan keselamatan digital.
Aktiviti
- Pengenalan Keselamatan Siber di Tempat Awam
- Penerangan mengenai jenis-jenis ancaman siber seperti phishing, shoulder surfing, pemasangan perisian hasad, dan pencurian data melalui rangkaian awam di samping perkongsian kes-kes sebenar yang pernah berlaku di Malaysia
- Demonstrasi Ancaman Siber
- Demonstrasi bagaimana penjenayah siber mengeksploitasi WiFi awam
- Teknik dan Amalan Keselamatan Sebenar
- Langkah selamat ketika menggunakan WiFi awam (VPN, dua faktor, elak log masuk akaun sensitif)
- Cara menyemak keaslian laman web dan pautan
- Kuiz Kesedaran Siber
- Aktiviti ringkas untuk menguji pemahaman peserta selepas sesi pembelajaran