|
Tarikh Masa Lokasi Peserta |
: 15 September 2019 (Ahad) : 8.00 pagi – 1.00 petang : Pusat Internet Felda Sungai Mas : 186 orang |
Tujuan
Program Lestari Ict & Cakna Kesihatan ini diadakan adalah untuk melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti setempat serta agensi berkaitan serta mewujudkan komuniti mesra ICT & teknologi untuk penjagaan kesihatan seterusnya mewujudkan persekitaran bersih dan sihat.
Aktiviti
- J-Robik
-
-
– Membuat senaman ringan selama 45 minit
-
- Pemeriksaan Kesihatan I-Health
-
-
– Membuat pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, berat badan, ketinggian dan cek gula dalam darah.
-
- Pertandingan Bento Sarapan Pagi
-
-
– Peserta membawa Bento dari rumah yang berasaskan menu sarapan pagi berkhasiat untuk kanak-kanak.
-
- Taklimat dan Demo Berus Gigi
-
-
– Jururawat Klinik Gigi menunjukkan cara-cara memberus gigi dengan betul kepada pelajar sekolah tadika.
-
- Taklimat “Kempen Kesedaran Denggi” oleh DR Khairunisa
-
-
– DR Khairunisa dari Klinik Kesihatan Bandar Mas memberi taklimat cara mengurangkan risiko gejala denggi.
-
- Bengkel ‘Jom Kenal Perkakasan Komputer’ dan Klik Dengan Bijak
-
- – Memberi taklimat berkenaan kegunaan asas perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, CPU, pencetak dan tetikus serta taklimat ringkas Klik Dengan Bijak.