mcmc
Pendidikan

Pendidikan

SEKOLAH TABIKA KEMAS FELDA SUNGAI MAS

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra’, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan. Sekolah Tabika KEMAS Felda Sungai Mas terletak di dalam kawasan Felda Sungai Mas bersebelahan dengan Pusat Internet 1 Malaysia. Sekolah Tabika ini mempunyai 3 orang tenaga pengajar beserta 2 orang pembantu guru. Pelajar sekolah terdiri daripada pelajar dari kawsan Felda Sungai Mas dan sekitarnya iaitu Felda Papan Timur dan Bandar Mas. Pelajar terdiri daripada mereka yang berumur 5 tahun dan 6 tahun sahaja. Pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah Tabika ini seperti mewarna dan aktiviti-aktiviti luar termasuklah aktiviti sukan. Hal ini bagi merangsang pertumbuhan awal kanak-kanak dengan menyertai pelbagai aktiviti.

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SUNGAI MAS

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Mas atau nama ringkasnya SK LKTP Sungai Mas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 6, Bandar Penawar. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Mas memiliki 256 pelajar lelaki dan 268 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 524 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR MAS

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi terletak dalam satu kawasan seluas 20 hektar dalam mukim Tanjung Surat , Dewan Undangan Negeri Bandar Penawar kira-kira 40 km dari bandar Kota Tinggi. Sekolah ini ditubuhkan sebagai cawangan SMK Air Tawar, Kota Tinggi pada tahun 1981. Pada awalnya, kemudahan di sekolah ini meliputi 4 buah blok bangunan dua tingkat, 18 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah blok Seni Perusahaan , sebuah kantin dan padang sekolah. SMK Bandar Mas telah mendapat bekalan air , elektrik dan telefon pada tahun 1984.Pada tahun 2002 , SMK Bandar Mas telah menjadi sekolah satu sesi.

Pada tahun 2007 , kemudahan di SMK Bandar Mas telah dinaik taraf sehingga kini mempunyai 13 blok bangunan termasuk Blok MPV Pemprosesan Makanan, Blok MPV Akuakultur, Makmal Komputer dan Blok Tingkatan 6.SMK Bandar Mas kini menampung 797 orang pelajar yang terdiri dari Felda Sungai Mas, Felda Papan Timur dan Bandar Mas. Sekolah ini diterajui oleh En Afandi bin Ngadiman yang bertugas sebagai Pengetua di sekolah ini mulai tahun 2014. Kini, pada tahun 2014 terdapat seramai 72 orang guru dan 14 orang kakitangan sekolah

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

  • Kolej Komuniti Bandar Penawar
  • Kolej Profesional Mara
  • Institut Teknologi dan Sains Darul takzim
  • Institut Kemahiran Belia Negara