mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 – 2024 – USAHAWAN 1 – NUR SYAHIRA BINTI AB KADIR

CELIK ICT – MUHAMMAD NURSYAM SIDDIQ BIN ABDUR RASHID

Nama      : Nur Syahira Binti Ab Kadir

Umur       : 31 tahun

Ahli          : 12 Februari 2010

Latar Belakang

Saya Nur Syahira Binti Ab Kadir menjalankan perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Saya merupakan graduan dalam bidang bakeri dan mula menjual sejak dari zaman pengajian lagi. Pada mulanya promosi jualan saya hanya dikalangan rakan sekelas dan pensyarah. Namun, saya sedar akan kebolehan dan kemampuan diri untuk meneruskan perniagaan dengan lebih serius. Kini, saya semakin aktif mempromosikan perkhidmatan saya menerusi media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, saya juga hanya menggunakan Whatapps sebagai medium utama saya mempromosikan perniagaan saya di samping mempromosikan perkhidmatan saya kepada kenalan dan keluarga terdekat sahaja. Di samping itu, pada permulaan perniagaan saya juga, penggunaan Facebook Page dan Instagram belum lagi meluas. Saya juga tidak ada mengikuti sebarang program usahawan yang dijalankan NADI mahupun di luar.  Pendapatan saya hanya sekitar RM 100 – RM500 sebulan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas usahawan yang telah dianjurkan di NADI, saya berpeluang mempelajari cara mempromosi perkhidmatan menggunakan Whatsapp Business dan Facebook dengan lebih meluas. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara mengambil dan menyunting gambar dan membina FB Page serta mengikuti pelbagai kelas-kelas anjuran NADI. Di samping itu, NADI juga ada memberikan maklumat-maklumat berkenaan bengkel-bengkel berkaitan bakeri dan pastri yang dianjurkan oleh tenaga pengajar berbayar di luar. Sehubungan dengan itu, pendapatan saya juga telah meningkat kepada RM 500 – RM 1000 sebulan.