mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 – 2025 – CELIK IT – NUR NABILAH BINTI YA’ACOB

CELIK ICT – NUR NABILAH BINTI YA’ACOB

Nama      : Nur Nabilah Binti Ya’acob

Umur       : 19 tahun

Ahli          : 4 Mac 2025

Latar Belakang

Saya Nur Nabilah Binti Ya’acob berumur 19 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya juga merupakan lepasan SPM dan mempunyai sijil lulusan IKBN Bandar Penawar. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com untuk pelbagai kegunaan pada masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Semasa di sekolah, ada juga didedahkan kepada latihan menaip di makmal komputer namun tidak begitu terperinci. Di samping itu, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan Canva.com.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang komputer. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan kad ucapan dan boleh diguna pakai pada masa akan datang. Di samping itu, penggunaan Canva.com juga amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan semasa pengajian di IPTA kelak.