CELIK ICT – MUHAMMAD UMAR FADHLI DINI
Nama : Muhammad Umar Fadhli Dini
Umur : 15 tahun
Ahli : 14 September 2024
Latar Belakang
Saya Muhammad Umar Fadhli Dini berumur 15 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya juga merupakan pelajar sekolah. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Di samping itu, dorongan ibu bapa juga menjadi faktor saya ingin belajar penggunaan Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya tidak mahir menggunakan komputer. Saya mempunyai komputer di rumah namun tidak digunapakai sepenuhnya mengikut keperluan. Saya mendapat tugasan bagi membuat presentation tugasan sekolah justeru ibu bapa saya mengambil inisiatif bagi menghantar saya ke NADI. Petugas memberikan modul dan memberi tunjuk ajar bagi menyempurnakan tugasan saya di samping dapat mempelajari berkenaan Microsoft Office 2010 yang lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih baik dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan di dalam bidang komputer dan mendapat ilmu dalam penggunaan shortcut key bagi menaip dengan lebih cepat. Di samping itu, ia juga membantu saya dalam menambah kemahiran komputer untuk digunapakai dalam tugasan sekolah akan datang.