mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 – 2025 – CELIK IT – PARI DATUL HASANAH BINTI SABARUDDIN

CELIK ICT – PARI DATUL HASANAH BINTI SABARUDDIN

Nama      : Pari Datul Hasanah Binti Sabaruddin

Umur       : 18 tahun

Ahli          : 16 Ogos 2020

Latar Belakang

Saya Pari Datul Hasanah berumur 18 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya juga merupakan lepasan SPM dan sedang menunggu keputusan bagi melanjutkan pelajaran. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com untuk pelbagai kegunaan pada masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Di samping itu, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan Canva.com.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat mengetahui bahawa penggunaan laman sesawang seperti fasttyping.com membantu saya meningkatkan keupayaan menaip. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang komputer. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan kad ucapan dan boleh diguna pakai pada masa akan datang. Di samping itu, penggunaan Canva.com juga amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan semasa pengajian nanti.