CELIK ICT – MUHAMMAD NURSYAM SIDDIQ BIN ABDUR RASHID
Nama : Nur Nisa Umaira Binti Zulhisham
Umur : 18 tahun
Ahli : 6 September 2024
Latar Belakang
Saya Nur Nisa Umaira Binti Zulhisham berumur 18 tahun datang ke NADI Felda Sungai Mas untuk belajar menggunakan Microsoft Office 2010. Saya juga merupakan lepasan SPM dan sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran. Pada pendapat saya, Microsoft Office merupakan satu keperluan dan pengetahuan asas yang amat perlu bagi setiap individu. Oleh itu, saya ingin menambahkan lagi kemahiran saya dalam menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office 2010. Disamping itu, saya juga ingin mempelajari Canva.com untuk pelbagai kegunaan pada masa akan datang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum saya mengikuti kelas komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Dengan adanya pengetahuan asas sebelum ini, ia dapat membantu saya mempelajari dan membuat latihan di dalam modul yang diberikan. Semasa di sekolah, ada juga didedahkan kepada latihan menaip di makmal komputer namun tidak begitu terperinci. Di samping itu, sebelum ini, saya tidak pernah menggunakan Canva.com.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas komputer ini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Di samping itu, saya dapat meningkatkan semula pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang komputer. Tambahan, saya dapat mempelajari bagaimana menggunakan Canva.com bagi tujuan membuat resume dan poster dan boleh diguna pakai pada masa akan datang. Di samping itu, penggunaan Canva.com juga amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan semasa pengajian di IPTA kelak.