Nama asal wujudnya ’Sungai Mas’ diambil sempena dari sebatang sungai yang mengalir merentangi kawasan kebun peneroka sehingga ke Kuala Sungai Lebam. Menurut ceritanya, sungai ini dipercayai mengandungi emas dan ada beberapa pihak cuba menggalinya dan dipercayai emas itu masih mentah. Susulan daripada peristiwa itu, sungai tersebut dikenali sebagai Sungai Mas dan menjadi nama Rancangan Felda Sungai Mas. Terdapat usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menggali sungai tersebut sehingga kini, namun tindakan berwajib dapat menyekat usaha mereka.
Kini, Felda Sungai Mas kian membangun sejajar dengan kemodenan mengikuti arus perkembangan masa kini. Tambahan pula terdapat lebuhraya yang baru siap dibina untuk kemudahan penduduk sekitar sini pergi ke kawasan bandar dengan mudah dan cepat. Anak-anak peneroka di Felda ini juga kebanyakannya bekerja di kawasan perindustrian Pasir gudang kerana kemudahan lebuuhraya yang membuatkan perjalana menjadi dekat dan singkat. oleh kerana itu, Felda Sunagi Mas kian dikenali oleh penduduk-penduduk bandar dan ramai anak peneroka yang memilih jodoh dengan warga kota sekitar Johor Bharu.
Sumber Rujukan : Pejabat Felda Sungai Mas