mcmc
Maklumat Am

SEJARAH PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA SUNGAI MAS

Sebelum ini, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). Ianya merupakan satu projek yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ruang dalaman yang sempit dan kurang selesa amat berbeza dengan keadaan ruang dalam yang sekarang iaitu Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Mas. Kemudahan seperti penghawa dingin, kipas, perkhidmatan bilik latihan, ruang belajar dan ruang penggunaan komputer telah ditambahbaik.Pengurus Felda pada masa ini ialah Encik Mohd Azhari Bin Dohadi. Punca pendapatan Penduduk Felda Sungai Mas adalah hasil tanaman kelapa sawit yang diuruskan oleh pihak pengurusan FELDA. Di samping itu, terdapat sebilangan penduduk di sini juga turut menjalankan aktiviti lain iaitu hasil pertanian, perikanan, penternakan dan industri kecil dan sederhana.

        

    PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI                             PUSAT EKONOMI DIGITAL