1. GOLONGAN GENERASI KEDUA (GEN2)
Generasi Kedua (GEN2) merupakan persatuan yang diwakili oleh golongan generasi kedua anak peneroka FELDA. Golongan ini hanya terdiri daripada anak peneroka di kawasan Felda Sungai Mas sahaja. Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti kendarat kenduri perkahwinan, aktiviti sukan, dan beberapa aktiviti lain yang melibatkan komuniti setempat.
2. GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW)
Organisasi ini dinamakan Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Ianya diketuai oleh Hajah Ramlah binti Haji Rasip. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh GPW ini pada setiap minggu. Aktiviti yang dijalankan bertempat di Bangunan GPW Felda Sungai Mas. Aktiviti yang dijalankan seperti gotong-royong, yasinan akan melibatkan komuniti setempat yang terdiri daripada penerokawati.
3. KOSPEN
Program “Komuniti Sihat Perkasa Negara” (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Di Felda Sungai Mas, KOSPEN dipengerusikan oleh Pn Norazliha. terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan usahasama KEMAS dan beberapa pihak yang lain. Pada 7hb Ogos 2015, pihak KOSPEN telah melibatkan diri dalam Program I-Health di Pusat Internet. Pemeriksaan kesihatan secara percuma telah diadakan untuk komuniti setempat.