LANJUTAN TEMPOH PENUTUPAN PUSAT INTERNET – PKP FASA 3
Salam sejahtera, Pusat Internet Felda Sungai Mas terpaksa ditutup untuk sementara waktu bermula dari 18 Mac 2020 dan dilanjutkan tempoh sehingga 28 April 2020 berikutan isu virus Covid-19. Tarikh baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 10 April 2020 ini sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Oleh itu, kami dari Pusat Internet Felda Sungai Mas memohon maaf diatas kesulitan ini dan berharap anda semua dapat mengikuti segala arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Harap maklum. Terima kasih.
